Tuesday, February 23, 2010

Modul Pembelajaran Kendiri

Alhamdulilah saya telah dapat menyiapkan sebuah modul pembelajaran kendiri untuk pelajar tingkatan 3 SMK Permata Jaya. Modul ini boleh digunakan sendiri kerana mesra pelajar dan tugasan yang diberi adalah merujuk buku teks sepenuhnya.Modul ini telah saya cuba kepada pelajar 3RK1 & 3 Best edisi percubaan tahun lepas dan kesannya pelajar boleh menguasai tajuk-tajuk yang mereka pelajari. Walau bagaimanapun mungkin ada kekurangannya, saya harapkan pelajar dapat memberi komen membina supaya dapat saya halusi untuk pelajar-pelajar akan datang. Pelajar sesi yang lepas[ Tg3 2009] yang telah ke asrama penuh atau masih di SMKPJ saya harap dapat memberi komen tentang modul ini jika berkesempatan

4 comments:

dekqa said...

dapat memahami pembelajaran dengan lebih mudah...x de kemahiran geografi je..adoyai..

Cikgu Razli said...

Memang tak masukkan kemahiran hanya tema 7 Sumber & tema 8 Kegiatan Ekonomi. Kemahiran kat modul lain.

wakketar said...

Salam tuan,
Syabas kerana berjaya mengeluarkan modul berkenaan. Tak sia2 bellajar guna modul PJJ dulu.. Hehehehe
Arwah Muzafar meninggal, kawan tak tahu..

RAZLI said...

Terima kasih kerana melawat blog kawan.Kita doakan semoga roh arwah muzaffar dicucuri rahmat oleh Allah. dia seorang sahabat yang baik dan gurau sendanya akan menjadi kenangan sampai bila-bila..Alfatihah