Thursday, December 24, 2009

Tahniah Kepada Pelajar SMKPJ 12 orang 8A


Tahniah saya ucapkan kepada pelajar yang mendapat 8A dalam PMR 2009. Semoga dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh dan sekolah-sekolah yang terpilih untuk kejayaan yang seterusnya.Kepada pelajar yang lain anda masih berpeluang untuk menebus kehampaan pada peperiksaan SPM yang akan datang.Pada tahun 2010 SMKPJ akan menawarkan kelas sains dan satu mata pelajaran MPV. Keputusan Geografi juga membanggakan saya iaitu seramai 47 orang mendapat A, 26 orang mendapat B, 43 orang mendapat C dan 46 orang lulus D. 11 orang pula gagal. Peratus kelulusan 93.6%. walaupun begitu saya agak kecewa kerana pada tahun 2008 keputusan keseluruhan Geografi ialah 100%.Ini menunjukkan penurunan. Saya akan membuat beberapa program pada tahun 2010 untuk meningkatkan semula pencapaian.

Friday, November 6, 2009

Modul Geografi PMR dan SPM JPNJ

Modul Geografi ini telah disiapkan oleh barisan jurulatih utama & guru cemerlang geografi negeri Johor.Untuk mendapatkan modul ini guru-guru geografi boleh menghubungi Panel Perunding Mata Pelajaran Geografi Negeri Johor yang terlibat dalam menyiapkan modul ini.Setiap daerah mempunyai seorang wakil.Untuk daerah Batu Pahat guru-guru boleh mendapatkan daripada saya.Daerah Kluang boleh mendapatkan modul ini daripada Cikgu Zulkifli Ahmad SMK Jalan Kota Tinggi, Kluang.

Walau bagaimanapun guru-guru Geografi negeri Johor telah dibekalkan CD modul ini melalui wakil mereka pada Seminar Geografi yang telah diadakan pada 18 Ogos 2009
di SK Parit Raja Batu Pahat untuk guru-guru PMR dan pada 9 September 2009 di SMK Dato Syed Esa Batu Pahat untuk guru-guru SPM.


Penyelia Geografi JPNJ
En. Mohd Noor Mohd Yasin









Peserta Seminar Geografi PMR

Blog Untuk Guru-guru Geografi



Blog ini untuk guru-guru geografi bertujuan untuk bertukar-tukar bahan pengajaran dan pembelajaran. Saya juga akan memuatkan bahan-bahan yang saya dapati dari semasa ke semasa untuk membantu guru-guru. Semoga usaha yang sedikit ini akan diberkati Allah. Gambar di Hotel Sri Pelangi, Muar dan Teluk Buih, Mersing.