Thursday, December 24, 2009
Tahniah Kepada Pelajar SMKPJ 12 orang 8A
Tahniah saya ucapkan kepada pelajar yang mendapat 8A dalam PMR 2009. Semoga dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh dan sekolah-sekolah yang terpilih untuk kejayaan yang seterusnya.Kepada pelajar yang lain anda masih berpeluang untuk menebus kehampaan pada peperiksaan SPM yang akan datang.Pada tahun 2010 SMKPJ akan menawarkan kelas sains dan satu mata pelajaran MPV. Keputusan Geografi juga membanggakan saya iaitu seramai 47 orang mendapat A, 26 orang mendapat B, 43 orang mendapat C dan 46 orang lulus D. 11 orang pula gagal. Peratus kelulusan 93.6%. walaupun begitu saya agak kecewa kerana pada tahun 2008 keputusan keseluruhan Geografi ialah 100%.Ini menunjukkan penurunan. Saya akan membuat beberapa program pada tahun 2010 untuk meningkatkan semula pencapaian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
tahniah kepada pelajar yang ke SM sains, teknik dan MRSM. Semoga kamu akan jadi insan yang menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.
Post a Comment