Saturday, June 30, 2012

Taklimat PBS Kepada Ibubapa

Satu taklimat kepada ibubapa telah diadakan pada Jumaat 29/6/12 untuk menerangkan kepada mereka berkenaan perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Ibubapa masih belum faham apabila anak-anak mereka tidak ada peperiksaan pertengahan tahun pada Mei lalu. Dari maklum balas ada pandangan yang mengatakan pelajar tidak akan ada semangat untuk berlumba-lumba untuk mendapat pencapaian yang lebih baik. Mereka masih inginkan peperiksaan dijalankan juga untuk mengukur pencapaian anak-anak mereka.Sudah tiba masanya pelajar tidak dibebani peperiksaan, biarlah mereka ke sekolah dengan hati yang riang.