Friday, May 14, 2010

Lawatan ke Cameron Highland

Persatuan Geografi akan menganjurkan lawatan sambil belajar ke Cameron Highland pada akhir Jun ini. Kepada pelajar yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan daripada saya atau cikgu Azman. Lawatan ini anjuran bersama kelab Pembimbing Rakan Sebaya. Saya harap pelajar tidak melepaskan peluang ini kerana melalui lawatan ini pelajar akan lebih memahami persekitaran di kawasan tanah tinggi. Jangan lepaskan peluang ini.klik

13 comments:

slay524 said...

sy rasa sangat bertuah kerana telah terpilih sebagai ahli untuk pergi lawatan sambil belajar di cameron highland..terima kasih cikgu,,saya rasa tidak sabar2 untuk menjejakkan kaki saya di cameron highland..:-)

mat rocks said...

kami berharap! cikgu razli boleh pertimbangkan harapan kami.kami harap boleh menginap 1 mlm di cameron hingtland.kami ingin merasai suana bermlm di sana.sye harap cikgu bleh usahakan tempat menginap di sana.2 sahaja.....!

gigi_kuning said...

msty best an..mklum larr sy blom pnh pegi ag..hehe

mhz said...

Tahniah Cikgu, kerana telah berjaya membawa pelajar-pelajar Geografi untuk lawatan ke Cameron Highland.
Pelajar dapat merasai bagaimana suasana sebenar di Cameron Highland yang selama ini hanya dilihat di dalam buku-buku sahaja.Saya amat berharap dapat menginap di hotel Cameron Highland untuk merasai suasana ketika waktu malam.

under 18 said...

kami amat berharap agar cikgu dapat mempertimbangkan cadangan kami supaya dapat bermalam walaupun hanya semalam sahaja. kami hanya ingin merasai suasana bermalam di sana.

mr bob said...

...rombongan??
cm bez jek,
leh join x...huhu
..umm bgos juga amek geo ne,
ad uat rombongan.
subjek laen xde pon huhu :)
... bez le ckgu razli.
yg pnting 16.6.2010 ni.. kol 3pagi ktowa bak2 geo fom 5cem.
grak g cameron.

penyu sedih said...

cikgu razli kalau leh balik singgah melaka nak naik roda yg besar tu...nama apa gak...kita bayar duit masuk.

noradilah said...

Tahniah dan terima kasih kerana membuka peluang kepada pelajar merasai pengalaman berada di tanah tinggi CH

Anonymous said...

dah g cameron highland..best !...
^ _ ^

slay 542 said...

Lawatan sambil belajar Persatuan Geo & PRS ke CH merupakan satu lawatan yang boleh memberikan pengalaman yang manis yang pernah saya lalui bersama guru2 dan rakan2, Sy mengucapkan terima kasih kpd cikgu Razli & cikgu Azman yg sudi membuat lawatan ke CH. Sy harap cikgu dapat membuat lawatan sebegini kepada pelajar-pelajar yang lain juga.

mhz said...

Lawatan yang telah saya ikuti ini merupakan satu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Terima kasih kepada cikgu Razli. walaupun lawatan itu singkat namun pelbagai perkara dapat saya pelajari di sana.

Ct Hanie said...

seronok masa kat cameron tu..macam2tempat dapat gi..ladang teh,ladang strawbery, MARDI (mcm2 sayur ada), pasar Tanah Rata, solat kat mesjid Tanah Rata air sejuknya. dapat juga rasa udara yg nyaman atas bukit tu. rasa macam tak nak balik.. pengalaman nie merupakan memori yg paling indah sepanjang sy mengikuti pelajaran geografi 2010.

Razli said...

Alhamdulillah saya dan cikgu Azman telah dapat menganjurkan lawatan ke CH dan Melaka dengan jayanya.Terima kasih atas komen-komen oleh guru dan pelajar dan saya akan memperbaiki dari semasa ke semasa. Yang penting pelajar dapat merasai suasana berada di tanah tinggi walaupun dalam jangka masa yang singkat. semoga pengalaman ini akan diingati sampai bila-bila. Tq