Telah diadakan pada Sabtu 25 Jun yang lalu dan pada tahun ini gerai Persatuan Geografi dan Alam Sekitar telah bergabung dengan Kelab Kebudayaan. Tema gerai ialah yang bercirikan alam sekitar dan sekolah lestari. Tahniah kepada semua AJK yang membantu dan pada tahun ini kita mendapat tempat ke 2 dalam kategori hiasan khemah.
Thursday, June 30, 2011
Hari Keusahawanan.
Telah diadakan pada Sabtu 25 Jun yang lalu dan pada tahun ini gerai Persatuan Geografi dan Alam Sekitar telah bergabung dengan Kelab Kebudayaan. Tema gerai ialah yang bercirikan alam sekitar dan sekolah lestari. Tahniah kepada semua AJK yang membantu dan pada tahun ini kita mendapat tempat ke 2 dalam kategori hiasan khemah.
Wednesday, February 16, 2011
Soalan Kerja Kursus Geografi 2011
Soalan kerja kursus Geografi untuk tahun ini boleh didownload dari laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia. Klik di sini untuk soalan KKG 2011.
Saturday, October 23, 2010
Kempen New Hope Orang Utan
Tahniah saya ucapkan kepada pelajar yang dapat menyiapkan blog untuk kempen New Hope Orang Utan anjuran BOH dan TV9 dengan kerjasama KPM. Semoga pengalaman mempromosi dan menyusun program untuk menjayakan kempen ini akan menambah pengalaman para pelajar. inilah hasil kerja mereka.http://hopefororangutansmkpj.blogspot.com/
Monday, July 19, 2010
Pada 10 Julai 2010 telah diadakan Hari Terbuka & Hari Keusahawanan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada AJK Persatuan Geografi & Alam Sekitar yang telah memberikan sepenuh tenaga untuk mengendalikan gerai persatuan yang mendapat sambutan luar dugaan.Tahniah... Keuntungan yang sedikit jangan dijadikan masalah yang penting ialah setiap pelajar mendapat pengetahuan dan pengalaman dalam mengendalikan aktiviti ini. Sedikit cenderamata akan saya sampaikan kepada semua AJK sebagai tanda penghargaan atas usaha anda semua.
Friday, May 14, 2010
Lawatan ke Cameron Highland
Persatuan Geografi akan menganjurkan lawatan sambil belajar ke Cameron Highland pada akhir Jun ini. Kepada pelajar yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan daripada saya atau cikgu Azman. Lawatan ini anjuran bersama kelab Pembimbing Rakan Sebaya. Saya harap pelajar tidak melepaskan peluang ini kerana melalui lawatan ini pelajar akan lebih memahami persekitaran di kawasan tanah tinggi. Jangan lepaskan peluang ini.klik
Thursday, April 22, 2010
Kajian Tindakan
Sunday, April 11, 2010
Maklumat Negara-negara lain
Pelajar boleh mendapatkan maklumat mengenai negara-negara lain terutama negara-negara yang dipelajari seperti Indonesia, Kanada, Australia dan lain-lain dengan klik sahaja maklumat yang telah saya sertakan dalam blog ini. Semoga memberi manafaat kepada para pelajar.
Maklumat negara lain.
Jumlah Penduduk Negara-Negara Di Dunia
Maklumat negara lain.
Jumlah Penduduk Negara-Negara Di Dunia
Tuesday, February 23, 2010
Modul Pembelajaran Kendiri
Sunday, February 14, 2010
Belajar Kemahiran Geografi
Sunday, February 7, 2010
Buku Koleksi Soalan Percubaan PMR Geografi
Subscribe to:
Posts (Atom)