Friday, May 14, 2010

Lawatan ke Cameron Highland

Persatuan Geografi akan menganjurkan lawatan sambil belajar ke Cameron Highland pada akhir Jun ini. Kepada pelajar yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan daripada saya atau cikgu Azman. Lawatan ini anjuran bersama kelab Pembimbing Rakan Sebaya. Saya harap pelajar tidak melepaskan peluang ini kerana melalui lawatan ini pelajar akan lebih memahami persekitaran di kawasan tanah tinggi. Jangan lepaskan peluang ini.klik

Thursday, April 22, 2010

Kajian Tindakan

Saya membentangkan kajian tindakan yang bertajuk Meningkatkan Pencapaian A dalam Geografi Pelajar-pelajar 3RK1 2009 menggunakan Modul Pembelajaran Kendiri pada Sabtu 17 April 2010 di Bilik Mesyuarat Exora SMKPJ. Alhamdulilah apabila kajian tindakan saya berjaya mencapai sasaran.

Sunday, April 11, 2010

Maklumat Negara-negara lain

Pelajar boleh mendapatkan maklumat mengenai negara-negara lain terutama negara-negara yang dipelajari seperti Indonesia, Kanada, Australia dan lain-lain dengan klik sahaja maklumat yang telah saya sertakan dalam blog ini. Semoga memberi manafaat kepada para pelajar.
Maklumat negara lain.
Jumlah Penduduk Negara-Negara Di Dunia

Tuesday, February 23, 2010

Modul Pembelajaran Kendiri

Alhamdulilah saya telah dapat menyiapkan sebuah modul pembelajaran kendiri untuk pelajar tingkatan 3 SMK Permata Jaya. Modul ini boleh digunakan sendiri kerana mesra pelajar dan tugasan yang diberi adalah merujuk buku teks sepenuhnya.Modul ini telah saya cuba kepada pelajar 3RK1 & 3 Best edisi percubaan tahun lepas dan kesannya pelajar boleh menguasai tajuk-tajuk yang mereka pelajari. Walau bagaimanapun mungkin ada kekurangannya, saya harapkan pelajar dapat memberi komen membina supaya dapat saya halusi untuk pelajar-pelajar akan datang. Pelajar sesi yang lepas[ Tg3 2009] yang telah ke asrama penuh atau masih di SMKPJ saya harap dapat memberi komen tentang modul ini jika berkesempatan

Sunday, February 14, 2010

Belajar Kemahiran Geografi

Pelajar tingkatan 4 juga perlu mengulangi lagi belajar Kemahiran Geografi walaupun mereka telah diajar semasa di tingkatan 1-3. Pada kali ini pelajar akan menggunakan peta topografi dan kajian adalah lebih mendalam lagi berbanding tingkatan 1-3 menggunakan peta lakar. Pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih seronok.

Sunday, February 7, 2010

Buku Koleksi Soalan Percubaan PMR Geografi

Saya telah menyiapkan buku koleksi soalan peperiksaan percubaan negeri-negeri yang saya ambil dari negeri-negeri yang terdapat dalam internet. Kepada pelajar SMKPJ boleh dapatkan daripada saya. Buku ini boleh digunakan untuk ulangkaji & latih tubi. Koleksi ini hanya untuk kegunaan pelajar SMKPJ sahaja. Harap maklum.

Friday, February 5, 2010

Kerja Kursus Geografi PMR 2010

Soalan KKG telahpun dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.Boleh download dari laman web LPM atau dari blog saya. Soalan pada tahun ini tidak ada perbandingan dengan negara lain dan nampaknya lebih mudah untuk dilaksanakan.Semua sekolah sudah boleh menjalankan KKG mulai bulan Februari ini.

Mesyuarat GC & Guru Sumber Geografi Daerah Batu Pahat.

Mesyuarat telah diadakan di SMK Datin Onn Jaffar pada Khamis 4 Feb 2010 pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang telah memutuskan semua sekolah menengah daerah Batu Pahat akan ditugaskan untuk membina soalan-soalan untuk peperiksaan setara daerah bagi semua tingkatan termasuk 2 kali gerak gempur tingkatan 3. Tarikh perjumpaan dan agihan tugasan akan diadakan pada Khamis 4 Mac 2010 di SMK Penghulu Saad untuk Tingkatan 1-3 dan SMK Tun Ismail untuk Tingkatan 4 dan 5. Surat akan diedarkan oleh setiausaha JKD dalam masa terdekat. Harap maklum.

Plan J Geografi.

Plan J Geografi untuk daerah Batu Pahat telah diedarkan oleh setiausaha JKD Geografi kepada semua sekolah menengah daerah Batu Pahat. Sebarang masalah boleh berhubung dengan Cikgu Chun Kok Chang SMK Datin Onn Jaffar tel 0197511823. CD Plan J itu telah saya serahkan pada mesyuarat JKD tempoh hari. Harap maklum

Monday, January 25, 2010

Mesyuarat JKD Geografi Daerah Batu Pahat.

Mesyuarat tersebut akan diadakan pada :
Tarikh : 28 Januari 2010 Khamis
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Tayang SMK Datin Onn
sasaran : Semua KP Geografi SM daerah Batu Pahat
Semua GC & GS Geografi daerah Batu Pahat.
Harap maklum.