Sunday, March 24, 2013
Contoh Peta Lakar Pekan Rengit
Monday, March 11, 2013
Monday, February 11, 2013
Soalan Kerja Kursus Tingkatan 3
Soalan Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2013 telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan. Para pelajar boleh download soalan tersebut dari laman web Lembaga Peperiksaan atau klik disini.
Saturday, November 24, 2012
Bersama Pelajar Tingkatan 2 SMK(P)TI
Bersama-sama pelajar TIGS dalam Program Kecemerlangan. Saya menyampaikan ceramah untuk pelajar-pelajar tingkatan 2 yang akan mengambil PMR pada tahun 2013. . Ingat pesan cikgu untuk cemerlang dalam Geografi perlu banyak membaca, menjawab latihan dan banyak bertanya guru di samping menguasai semua kemahiran dan tema.Semoga kamu berjaya
Friday, November 23, 2012
Contoh Eviden B6D1E1
Inilah antara contoh eviden PBS E6D1E1 Mempersembahkan idea/dapatan/ciptaan/produk untuk kesejahteraan persekitaran oleh pelajar tingkatan 1. Tahniah kepada yang menghantar dan menghasilkan ciptaan tersebut.
Tuesday, November 6, 2012
Kursus Penyebaran PBS Tg2
Kursus Penyebaran PBS Geografi Tingkatan 2 bagi daerah Batu Pahat bermula dari Isnin 5/11/12 hingga Rabu 7/11/12. Seorang guru tingkatan 2 dari setiap sekolah telah dihantar untuk menghadiri kursus tersebut. Harapan mereka pada tahun hadapan sistem kemasukan prestasi pelajar (sppbs) akan lebih mesra dan memudahkan guru.
Sunday, October 7, 2012
Seminar Kreativiti & Inovatif Dalam Kurikulum
Saya mewakili mata pelajaran Geografi negeri Johor untuk menghadiri Seminar Kreativiti dan Inovatif dalam Kurikulum anjuran BPK. Banyak maklumat yang saya dapat dalam pembentangan kertas kerja semasa seminar tersebut untuk saya dan kawan-kawan terutamanya dalam mata pelajaran Geografi.
Untuk bahan-bahan seminar rakan-rakan boleh klik disini.
Dapat juga berjumpa dengan Cikgu Khairuddin dari Perak yang telah mempamerkan hasil inovasi beliau iaitu pendekatan permainan dalam PnP Geografi. Untuk melihat bahan beliau boleh klik disini.
Saturday, June 30, 2012
Taklimat PBS Kepada Ibubapa
Satu taklimat kepada ibubapa telah diadakan pada Jumaat 29/6/12 untuk menerangkan kepada mereka berkenaan perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Ibubapa masih belum faham apabila anak-anak mereka tidak ada peperiksaan pertengahan tahun pada Mei lalu. Dari maklum balas ada pandangan yang mengatakan pelajar tidak akan ada semangat untuk berlumba-lumba untuk mendapat pencapaian yang lebih baik. Mereka masih inginkan peperiksaan dijalankan juga untuk mengukur pencapaian anak-anak mereka.Sudah tiba masanya pelajar tidak dibebani peperiksaan, biarlah mereka ke sekolah dengan hati yang riang.
Sunday, April 29, 2012
Saturday, April 28, 2012
Teknik Menjawab Geografi SMK Datuk Menteri
Saya telah menyampaikan teknik menjawab Geografi PMR kepada pelajar-pelajar SMK Datuk Menteri pada Sabtu 28/4/2012 dari 10.30 pagi hingga 1.00 petang. Saya harap pelajar dapat memahami dan menggunakan ilmu yang diberi untuk cemerlang dalam peperiksaan PMR 2012. Selamat Berjaya
Subscribe to:
Posts (Atom)




