Tuesday, November 6, 2012

Kursus Penyebaran PBS Tg2





Kursus Penyebaran PBS Geografi Tingkatan 2 bagi daerah Batu Pahat bermula dari Isnin 5/11/12 hingga Rabu 7/11/12. Seorang guru tingkatan 2 dari setiap sekolah telah dihantar untuk menghadiri kursus tersebut. Harapan mereka pada tahun hadapan sistem kemasukan prestasi pelajar (sppbs) akan lebih mesra dan memudahkan guru.

Sunday, October 7, 2012

Seminar Kreativiti & Inovatif Dalam Kurikulum

Saya mewakili mata pelajaran Geografi negeri Johor untuk menghadiri Seminar Kreativiti dan Inovatif dalam Kurikulum anjuran BPK. Banyak maklumat yang saya dapat dalam pembentangan kertas kerja semasa seminar tersebut untuk saya dan kawan-kawan terutamanya dalam mata pelajaran Geografi.
Untuk bahan-bahan seminar rakan-rakan boleh klik disini.
Dapat juga berjumpa dengan Cikgu Khairuddin dari Perak yang telah mempamerkan hasil inovasi beliau iaitu pendekatan permainan dalam PnP Geografi. Untuk melihat bahan beliau boleh klik disini.

Saturday, June 30, 2012

Taklimat PBS Kepada Ibubapa

Satu taklimat kepada ibubapa telah diadakan pada Jumaat 29/6/12 untuk menerangkan kepada mereka berkenaan perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Ibubapa masih belum faham apabila anak-anak mereka tidak ada peperiksaan pertengahan tahun pada Mei lalu. Dari maklum balas ada pandangan yang mengatakan pelajar tidak akan ada semangat untuk berlumba-lumba untuk mendapat pencapaian yang lebih baik. Mereka masih inginkan peperiksaan dijalankan juga untuk mengukur pencapaian anak-anak mereka.Sudah tiba masanya pelajar tidak dibebani peperiksaan, biarlah mereka ke sekolah dengan hati yang riang.


Saturday, April 28, 2012

Teknik Menjawab Geografi SMK Datuk Menteri



Saya telah menyampaikan teknik menjawab Geografi PMR kepada pelajar-pelajar SMK Datuk Menteri pada Sabtu 28/4/2012 dari 10.30 pagi hingga 1.00 petang. Saya harap pelajar dapat memahami dan menggunakan ilmu yang diberi untuk cemerlang dalam peperiksaan PMR 2012. Selamat Berjaya

Monday, April 23, 2012

Pembinaan Model Bentuk Muka Bumi

Pelajar 1RK1 telah berjaya menghasilkan beberapa model bentuk muka bumi. Tahniah saya ucapkan... Pembinaan model ini akan mengukuhkan pengetahuan mereka mengenai bentuk muka bumi tanah tinggi, tanah pamah, pinggir laut dan sungai.



Saturday, April 21, 2012

Kursus Penyebaran PBS Tingkatan 1

Kursus Penyebaran Pentaksiran Berasaskan Sekolah Tingkatan 1 bagi mata pelajaran Geografi daerah Batu Pahat telah diadakan di PKG Ayer Hitam pada 9-12 April 2012.Kesemua sekolah di daerah Batu Pahat telah hadir kecuali beberapa buah sekolah swasta. Saya harap penyebaran di peringkat sekolah akan diadakan dan PBS tingkatan 1 dapat dijalankan mengikut prosedur seperti yang telah disampaikan oleh Jurulatih Pentaksiran. Bagi daerah Batu Pahat jika ada masalah bolehlah berhubung dengan saya.


Wednesday, March 7, 2012

Sungai Lebam, Kota Tinggi





Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Mulai 2012 guru-guru Geografi Tingkatan 1 perlu menggunakan sistem ini untuk klik kemahiran yang telah dicapai oleh pelajar mengikut Standard Prestasi yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. klik disini

Sunday, February 19, 2012

Kerja Kursus Geografi PMR 2012

lokasi : Dari menara PNB Ilham Resort N.9

Semua pelajar SMK Permata Jaya boleh download soalan kerja kursus 2012 dari laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia.klik disini

Pelajar diharapkan membaca dengan teliti soalan tugasan dan memilih tajuk yang sesuai untuk dibuat. Saya akan mengadakan taklimat dalam masa terdekat untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengenai pemilihan tajuk. Untuk panduan menulis kerja kursus pelajar juga boleh download sendiri dari blog saya. Panduan ini telah dikeluarkan pada tahun 2008 dan masih digunakan hingga sekarang. Panduan pelaksanaan kerja kursus.klik disini