Pelajar 1RK1 telah berjaya menghasilkan beberapa model bentuk muka bumi. Tahniah saya ucapkan... Pembinaan model ini akan mengukuhkan pengetahuan mereka mengenai bentuk muka bumi tanah tinggi, tanah pamah, pinggir laut dan sungai.
Monday, April 23, 2012
Saturday, April 21, 2012
Kursus Penyebaran PBS Tingkatan 1
Kursus Penyebaran Pentaksiran Berasaskan Sekolah Tingkatan 1 bagi mata pelajaran Geografi daerah Batu Pahat telah diadakan di PKG Ayer Hitam pada 9-12 April 2012.Kesemua sekolah di daerah Batu Pahat telah hadir kecuali beberapa buah sekolah swasta. Saya harap penyebaran di peringkat sekolah akan diadakan dan PBS tingkatan 1 dapat dijalankan mengikut prosedur seperti yang telah disampaikan oleh Jurulatih Pentaksiran. Bagi daerah Batu Pahat jika ada masalah bolehlah berhubung dengan saya.
Wednesday, March 7, 2012
Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Mulai 2012 guru-guru Geografi Tingkatan 1 perlu menggunakan sistem ini untuk klik kemahiran yang telah dicapai oleh pelajar mengikut Standard Prestasi yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. klik disini Sunday, February 19, 2012
Kerja Kursus Geografi PMR 2012
Semua pelajar SMK Permata Jaya boleh download soalan kerja kursus 2012 dari laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia.klik disini
Pelajar diharapkan membaca dengan teliti soalan tugasan dan memilih tajuk yang sesuai untuk dibuat. Saya akan mengadakan taklimat dalam masa terdekat untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengenai pemilihan tajuk. Untuk panduan menulis kerja kursus pelajar juga boleh download sendiri dari blog saya. Panduan ini telah dikeluarkan pada tahun 2008 dan masih digunakan hingga sekarang. Panduan pelaksanaan kerja kursus.klik disini
Monday, January 30, 2012
Mesyuarat JKD Geografi 2012
Mesyuarat akan diadakan di SMK Datin Onn pada hari Khamis ini 2 Februari 2012 pukul 2.00 petang. Ramai juga guru yang telefon bertanyakan modul Geografi JPNJ. Saya akan bincang dengan setiausaha JKD supaya dimasukan dalam CD/DVD supaya dapat diagihkan sekali lagi kepada cikgu baru. Saya akan masukkan sekali RPH, Plan J, Sukatan dan lain-lain. Harap dapat membantu.
Monday, January 2, 2012
Rancangan Pelajaran Tahunan Geografi 2012
Kawan-kawan guru Geografi negeri Johor bolehlah download Rancangan Pelajaran Tahunan yang telah dibuat oleh sahabat saya Cikgu Zulkifli Ahmad dari SMK Jalan Kota Tinggi.
Jika sudah download berikan sedikit komen untuk kebaikan bersama.
RPH Tingkatan 1
RPH Tingkatan 2
RPH Tingkatan 3
RPH Tingkatan 4
RPH Tingkatan 5
Jika sudah download berikan sedikit komen untuk kebaikan bersama.
RPH Tingkatan 1
RPH Tingkatan 2
RPH Tingkatan 3
RPH Tingkatan 4
RPH Tingkatan 5
Sunday, September 25, 2011
Soalan Percubaan Geografi 2011
Pelajar boleh mendapatkan soalan percubaan negeri-negeri dengan mengunjungi blog-blog berikut;
1.http://caknageografi.blogspot.com/
2.http://geografiperak.blogspot.com/2011/08/soalan-percubaan-geografi-2011.html
1.http://caknageografi.blogspot.com/
2.http://geografiperak.blogspot.com/2011/08/soalan-percubaan-geografi-2011.html
Tuesday, July 19, 2011
Pembentangan Tugasan Geografi 5 Bestari
Tahniah pelajar 5 Bestari yang telah menghasilkan tugasan dengan baik dan cemerlang. Saya berusaha untuk menjadikan pembelajaran Geografi yang berkesan. Pelajar perlu menyiapkan tugasan yang bertajuk "Kepentingan Pelbagai Sumber" dalam bentuk power point, kemudian menghantar kepada saya dalam bentuk email dan pembentangan di dalam kelas.
Thursday, June 30, 2011
Hari Keusahawanan.
Telah diadakan pada Sabtu 25 Jun yang lalu dan pada tahun ini gerai Persatuan Geografi dan Alam Sekitar telah bergabung dengan Kelab Kebudayaan. Tema gerai ialah yang bercirikan alam sekitar dan sekolah lestari. Tahniah kepada semua AJK yang membantu dan pada tahun ini kita mendapat tempat ke 2 dalam kategori hiasan khemah.
Subscribe to:
Posts (Atom)