Tuesday, March 10, 2015

Perkongsian ilmu ; Ancaman Jerebu Kepada Manusia dan Alam Sekitar. 
Berita Harian..Sisipan Minda muka surat ; 5
SEKITAR HARI PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2014 SMK PERMATA JAYA
TARIKH : 3 MAC 2015
KEPUTUSAN MP GEOGRAFI 2280
PERATUS : 94.74%
GPS : 4.42
GPS SEKOLAH : 5.00



Tahniah semua, semoga kamu akan menjadi insan yang cemerlang pada masa akan datang. Masih jauh lagi perjalanan yang akan kamu tempuhi...saya doakan kejayaaan semua 
bekas pelajar SMK Permata Jaya.

Friday, July 4, 2014

Taklimat PT3 Geografi Daerah Batu Pahat
Tarikh : 23 dan 24 Jun 2014
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Tun Sardon.



Gambar Fenomena Jerebu di SMK Permata Jaya 2013




Monday, January 13, 2014

Bahan-bahan Geografi 
Kepada guru-guru geografi daerah Batu Pahat khasnya dan negeri Johor amnya boleh mendapatkan bahan dalam email: guru.geojohor@yahoo.com
ID ; guru.geojohor@yahoo.com
Pasword ; GURUGEOJOHOR123
Guru-guru juga diharapkan  dapat memberi komen dan menghantar bahan-bahan di dalam email tersebut untuk kebaikan kita bersama.

Sunday, January 12, 2014

Cermin Kereta Avanza Retak
11 Januari 2014 pukul 7.30 pagi di lebuh raya utara selatan (PLUS) berhampiran plaza tol Skudai, saya sedang memandu di lorong kanan arah Johor Bahru dengan kelajuan lebih kurang 110km sejam tiba-tiba sebuah lori batu memasuki lorong kanan ingin memotong sebuah lori lain.....tiba-tiba kedengaran bunyi sangat kuat di cermin kereta...rupa-rupanya terkena batu yang jatuh dari  lori batu tersebut.Alhamdulilah kemungkinan batu kecil kalau batu yang bersaiz besar tak tahulah apa akan terjadi?
Walaupun nampak kecil kesan di cermin  tetapi melalui pengalaman rakan-rakan retakkan kecil itu perlu diperbaiki segera untuk mengelak daripada  bertambah teruk.
Google juga di internet kedai yang boleh memperbaikinya...... Selesai kerja di JB lebih kurang pukul 5 petang saya mengunjungi Dr Cermin di Skudai....terbang juga RM100. Rumusannya jika kita berhati-hati perkara yang di luar jangkaan mungkin akan berlaku...Yakin dan berserah hanya kepada Allah.




Penataraan PBS Geografi Tingkatan 3 2014
Alhamdulilah saya telah dapat menjalankan Penataraan PBS Geografi Tingkatan 3 pada 28,29,30 dan 31 Oktober di SM Sains Batu Pahat.



Monday, April 1, 2013

Pelan Tindakan KKG PMR 2013 Daerah Batu Pahat

  • 18.03.2013 - Taklimat Penataraan Geografi Peringkat Negeri Johor
  • 21.03 - 02.04.2013 - Penataraan Peringkat Daerah Batu Pahat.
  • 25.03 - 01.07.2013 - Pelaksanaan Kerja Kursus Geografi
  • 08.07 - 31.07.2013 - Penyelarasaan Skor
  • 01.08 - 08.08.2013 - Kemasukan markah kerja kursus

sumber ; sektor penilaian & peperiksaan JPNJ

Sunday, March 24, 2013

Bengkel Kerja KSSM Geografi

Bersama rakan-rakan di Corus Paradise Resort, Port Dickson Negeri Sembilan 18-21 Mac 2013.

Contoh Peta Lakar Pekan Rengit

Contoh peta ini boleh digunakan oleh pelajar yang membuat kajian di pekan Rengit sahaja. Peta lakar perlu dilukis. Masukan juga petunjuk & mata angin.

Monday, March 11, 2013

Peta Daerah Batu Pahat


Contoh peta daerah Batu Pahat untuk KKG 2013

Monday, February 11, 2013

Soalan Kerja Kursus Tingkatan 3

Soalan Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2013 telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan. Para pelajar boleh download soalan tersebut dari laman web Lembaga Peperiksaan atau klik disini.

Saturday, November 24, 2012

Bersama Pelajar Tingkatan 2 SMK(P)TI

Bersama-sama pelajar TIGS dalam Program Kecemerlangan. Saya menyampaikan ceramah untuk pelajar-pelajar tingkatan 2 yang akan mengambil PMR pada tahun 2013. . Ingat pesan cikgu untuk cemerlang dalam Geografi perlu banyak membaca, menjawab latihan dan banyak bertanya guru di samping menguasai semua kemahiran dan tema.Semoga kamu berjaya

Friday, November 23, 2012

Contoh Eviden B6D1E1

Inilah antara contoh eviden PBS E6D1E1 Mempersembahkan idea/dapatan/ciptaan/produk untuk kesejahteraan persekitaran oleh pelajar tingkatan 1. Tahniah kepada yang menghantar dan menghasilkan ciptaan tersebut.


Tuesday, November 6, 2012

Kursus Penyebaran PBS Tg2





Kursus Penyebaran PBS Geografi Tingkatan 2 bagi daerah Batu Pahat bermula dari Isnin 5/11/12 hingga Rabu 7/11/12. Seorang guru tingkatan 2 dari setiap sekolah telah dihantar untuk menghadiri kursus tersebut. Harapan mereka pada tahun hadapan sistem kemasukan prestasi pelajar (sppbs) akan lebih mesra dan memudahkan guru.

Sunday, October 7, 2012

Seminar Kreativiti & Inovatif Dalam Kurikulum

Saya mewakili mata pelajaran Geografi negeri Johor untuk menghadiri Seminar Kreativiti dan Inovatif dalam Kurikulum anjuran BPK. Banyak maklumat yang saya dapat dalam pembentangan kertas kerja semasa seminar tersebut untuk saya dan kawan-kawan terutamanya dalam mata pelajaran Geografi.
Untuk bahan-bahan seminar rakan-rakan boleh klik disini.
Dapat juga berjumpa dengan Cikgu Khairuddin dari Perak yang telah mempamerkan hasil inovasi beliau iaitu pendekatan permainan dalam PnP Geografi. Untuk melihat bahan beliau boleh klik disini.

Saturday, June 30, 2012

Taklimat PBS Kepada Ibubapa

Satu taklimat kepada ibubapa telah diadakan pada Jumaat 29/6/12 untuk menerangkan kepada mereka berkenaan perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Ibubapa masih belum faham apabila anak-anak mereka tidak ada peperiksaan pertengahan tahun pada Mei lalu. Dari maklum balas ada pandangan yang mengatakan pelajar tidak akan ada semangat untuk berlumba-lumba untuk mendapat pencapaian yang lebih baik. Mereka masih inginkan peperiksaan dijalankan juga untuk mengukur pencapaian anak-anak mereka.Sudah tiba masanya pelajar tidak dibebani peperiksaan, biarlah mereka ke sekolah dengan hati yang riang.


Saturday, April 28, 2012

Teknik Menjawab Geografi SMK Datuk Menteri



Saya telah menyampaikan teknik menjawab Geografi PMR kepada pelajar-pelajar SMK Datuk Menteri pada Sabtu 28/4/2012 dari 10.30 pagi hingga 1.00 petang. Saya harap pelajar dapat memahami dan menggunakan ilmu yang diberi untuk cemerlang dalam peperiksaan PMR 2012. Selamat Berjaya