Monday, April 1, 2013

Pelan Tindakan KKG PMR 2013 Daerah Batu Pahat

  • 18.03.2013 - Taklimat Penataraan Geografi Peringkat Negeri Johor
  • 21.03 - 02.04.2013 - Penataraan Peringkat Daerah Batu Pahat.
  • 25.03 - 01.07.2013 - Pelaksanaan Kerja Kursus Geografi
  • 08.07 - 31.07.2013 - Penyelarasaan Skor
  • 01.08 - 08.08.2013 - Kemasukan markah kerja kursus

sumber ; sektor penilaian & peperiksaan JPNJ

Sunday, March 24, 2013

Bengkel Kerja KSSM Geografi

Bersama rakan-rakan di Corus Paradise Resort, Port Dickson Negeri Sembilan 18-21 Mac 2013.

Contoh Peta Lakar Pekan Rengit

Contoh peta ini boleh digunakan oleh pelajar yang membuat kajian di pekan Rengit sahaja. Peta lakar perlu dilukis. Masukan juga petunjuk & mata angin.

Monday, March 11, 2013

Peta Daerah Batu Pahat


Contoh peta daerah Batu Pahat untuk KKG 2013

Monday, February 11, 2013

Soalan Kerja Kursus Tingkatan 3

Soalan Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2013 telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan. Para pelajar boleh download soalan tersebut dari laman web Lembaga Peperiksaan atau klik disini.

Saturday, November 24, 2012

Bersama Pelajar Tingkatan 2 SMK(P)TI

Bersama-sama pelajar TIGS dalam Program Kecemerlangan. Saya menyampaikan ceramah untuk pelajar-pelajar tingkatan 2 yang akan mengambil PMR pada tahun 2013. . Ingat pesan cikgu untuk cemerlang dalam Geografi perlu banyak membaca, menjawab latihan dan banyak bertanya guru di samping menguasai semua kemahiran dan tema.Semoga kamu berjaya

Friday, November 23, 2012

Contoh Eviden B6D1E1

Inilah antara contoh eviden PBS E6D1E1 Mempersembahkan idea/dapatan/ciptaan/produk untuk kesejahteraan persekitaran oleh pelajar tingkatan 1. Tahniah kepada yang menghantar dan menghasilkan ciptaan tersebut.


Tuesday, November 6, 2012

Kursus Penyebaran PBS Tg2





Kursus Penyebaran PBS Geografi Tingkatan 2 bagi daerah Batu Pahat bermula dari Isnin 5/11/12 hingga Rabu 7/11/12. Seorang guru tingkatan 2 dari setiap sekolah telah dihantar untuk menghadiri kursus tersebut. Harapan mereka pada tahun hadapan sistem kemasukan prestasi pelajar (sppbs) akan lebih mesra dan memudahkan guru.

Sunday, October 7, 2012

Seminar Kreativiti & Inovatif Dalam Kurikulum

Saya mewakili mata pelajaran Geografi negeri Johor untuk menghadiri Seminar Kreativiti dan Inovatif dalam Kurikulum anjuran BPK. Banyak maklumat yang saya dapat dalam pembentangan kertas kerja semasa seminar tersebut untuk saya dan kawan-kawan terutamanya dalam mata pelajaran Geografi.
Untuk bahan-bahan seminar rakan-rakan boleh klik disini.
Dapat juga berjumpa dengan Cikgu Khairuddin dari Perak yang telah mempamerkan hasil inovasi beliau iaitu pendekatan permainan dalam PnP Geografi. Untuk melihat bahan beliau boleh klik disini.

Saturday, June 30, 2012

Taklimat PBS Kepada Ibubapa

Satu taklimat kepada ibubapa telah diadakan pada Jumaat 29/6/12 untuk menerangkan kepada mereka berkenaan perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Ibubapa masih belum faham apabila anak-anak mereka tidak ada peperiksaan pertengahan tahun pada Mei lalu. Dari maklum balas ada pandangan yang mengatakan pelajar tidak akan ada semangat untuk berlumba-lumba untuk mendapat pencapaian yang lebih baik. Mereka masih inginkan peperiksaan dijalankan juga untuk mengukur pencapaian anak-anak mereka.Sudah tiba masanya pelajar tidak dibebani peperiksaan, biarlah mereka ke sekolah dengan hati yang riang.